PETA MINDA
Tony Buzan adalah pencipta kepada "Mind Map" atau peta minda,
alat berfikir yang paling berkuasa. Penciptaan bermula pada akhir 1960-an oleh
Tony Buzan yang kini digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia bermula
daripada peringkat yang muda kepada peringkat yang lebih tua. Peta minda ialah
sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea atau huraian yang
tepat. Ia adalah salah satu cara
visual-spatial dalam bentuk kecerdasan pelbagai (Multiple Intellenges), dengan
menggunakan otak kanan seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda
adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema dibahagian tengahnya dan
beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan
idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta
minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta minda
mempunyai kebaikannya dan juga ada keburukannya tersendiri.
KEBAIKAN PETA MINDA.
Implikasi pengaplikasian
alat-alat berfikir tersebut terhadap proses pembelajaran ialah dapat memberi
sejuta kebaikan berbanding keburukan. Antara kebaikan menggunakan peta minda
ini terhadap proses pembelajaran ialah dapat mengukuhkan ingatan tentang
pelajaran yang dipelajari. Peta
minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan
daya ingatan Hal ini kerana kita akan
mempelajari 80% daripada segala apa yang kita lihat daripada apa yang kita
dengar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, oleh itu
peta minda amat sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran seharian. Mind Mapping
atau peta minda ini sangat sesuai digunakan kerana ianya hanya berfokus kepada
kata kunci yang penting sahaja dan amat senang bagi kita sebagai seorang
pelajar untuk mengingati tentang sesuatu pembelajaran. Gambar-gambar yang
diletak di dalam peta minda dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dengan cara
mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu. Dengan hanya
berfokuskan kepada idea-idea yang penting sahaja, secara automatiknya peratus
keupayaan kita untuk mengingat lebih tinggi. Jelaslah, Peta minda ini dapat
diiplikasikan dalam pembelajaran dengan baik.
Selain itu juga, peta
minda ini memberi kesan yang baik dalam
proses pembelajaran kerana ianya dapat menjimatkan masa. Hal ini
dikatakan demikian kerana, dengan membuat nota yang ringkas masa kita untuk
mengulangkaji pelajaran yang lain lebih tersusun dan teratur. Oleh itu, ianya
dapat menjimatkan masa kita kerana peta minda yang dibuat hanya berfokus kepada
kata kunci sahaja dan dapat memudahkan tugasan kita. Sebagai seorang pelajar
yang sentiasa sibuk dengan tugasan-tugasan, kita tidak mempunyai masa yang
cukup untuk membaca keseluruhan petikan dan amatlah penting untuk kita mengenalpasti
idea-idea yang penting dan sangat sesuai diaaplikasikan dalam proses
pembelajaran. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan
simbol, rajah, bongkah dan warna, sekaligus bagus untuk mengulangkaji pelajaran
kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat. Sebagai
contoh. peta minda ini boleh digunakan juga dalam, kuliah, syarahan, temu bual
dan sebagainya dalam proses pembelajaran kita. Secara tidak langsung, dapat
menjimatkan masa kita kerana mengejar percakapan yang dibicara oleh guru-guru
disekolah mahupun pensyarah di universiti. Sudah terang lagi bersuluh bahawa,
implikasi mengaplikasikan peta minda ini dalam proses pembelajaran dapat
memudahkan lagi sesi pembelajaran kita kerana ianya menjimatkan masa kita.
Seterusnya, implikasi alat
berfikir seperti peta minda ini diaplikasikan dalam proses pembelajaran dapat memudahkan
pembelajaran terutamanya dalam proses pembentangan. Peta minda membantu
seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan.
Peta minda ini bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata,
malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa
merujuk kepada helaian kertas. Ianya sangat membantu dalam membuat persembahan
seperti hasil perbincangan, kertas kerja dalam proses pembelajaran. Selain itu
juga, kita tidak perlu membentangkan kesemua idea-idea yang penting semasa
pembentangan kerana dengan hanya membuat nota ringkas iaitu peta minda dapat
meringkaskan idea-idea yang ingin dijelaskan kepada rakan-rakan sekelas. Saya
optimis menyatakan bahawa, dapat memudahkan pembelajaran terutamanya dalam
proses pembelajaran memberikan implikasi yang positif dalam pengaplikasian peta
minda terhadapproses pembelajaran ini.
KEBURUKAN DAN CARA PENYELESAIANNYA
Implikasi pengaplikasian
peta minda ini sebagai alat berfikir terhadap proses pembelajaran juga ada
buruknya selain baiknya. Antara keburukan menggunakan peta minda ini sebagai
alat berfikir ialah kita tidak mengetahui sesuatu perkara secara lebih
terperinci. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita hanya menfokuskan kepada
kata kuncinya sahaja dan selebihnya kita tidak melihatnya dari aspek idea-idea
yang penting. Oleh itu, apabila seseorang terlalu banyak menggunakan kata kunci
mahupun gambar di dalam peta minda yang dibuatnya, terkadang mereka sendiri
tidak memahami apa yang ditulisnya sendiri.
Selain itu, peta minda juga disusun dengan cara yang tidak tersusun. Seperti mana yang dapat kita lihat, peta minda terlalu padat, bercelaru dan disusun di banyak-banyak cabang yang digunakan untuk menulis idea penting. Kemungkinan besar kita tidak dapat melihat idea-idea itu dengan lebih terperinci kerana cara penyusunan idea juga memainkan peranan yang penting dalam mencari idea-idea yang penting. Oleh itu, cara penyelesaiannya ialah peta minda yang dibuat mestilah ditulis dengan menggunakan ayat yang mudah difahami dan mestilah berfokuskan kepada idea yang betul-betul penting dan berguna dalam proses pembelajaran. Konklusinya, yang positif kita ambil sebagai terus menjadi amalan kita untuk sentiasa membuat peta minda dalam proses pembelajaran dan yang buruk kita ubah menjadi yang lebih baik.
Selain itu, peta minda juga disusun dengan cara yang tidak tersusun. Seperti mana yang dapat kita lihat, peta minda terlalu padat, bercelaru dan disusun di banyak-banyak cabang yang digunakan untuk menulis idea penting. Kemungkinan besar kita tidak dapat melihat idea-idea itu dengan lebih terperinci kerana cara penyusunan idea juga memainkan peranan yang penting dalam mencari idea-idea yang penting. Oleh itu, cara penyelesaiannya ialah peta minda yang dibuat mestilah ditulis dengan menggunakan ayat yang mudah difahami dan mestilah berfokuskan kepada idea yang betul-betul penting dan berguna dalam proses pembelajaran. Konklusinya, yang positif kita ambil sebagai terus menjadi amalan kita untuk sentiasa membuat peta minda dalam proses pembelajaran dan yang buruk kita ubah menjadi yang lebih baik.
ZB777 MAX Black | Titanium-Art - Titanium-Art
ReplyDeleteZB777 MAX titanium wood stove Black, titanium chords black and white. Specifications. SKU. BLACK urban titanium metallic ZB777 MAX Black. SKU. ZB777 MAX Black. SKU. titanium engagement rings for her ZB777 MAX Black. SKU. ZB777 rocket league titanium white Max Black. SKU