Monday, 4 September 2017

Kebaikan dan Kelemahan Peta Minda

PETA MINDA
Tony Buzan adalah pencipta kepada "Mind Map" atau peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa. Penciptaan bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia bermula daripada peringkat yang muda kepada peringkat yang lebih tua. Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea atau huraian yang tepat.  Ia adalah salah satu cara visual-spatial dalam bentuk kecerdasan pelbagai (Multiple Intellenges), dengan menggunakan otak kanan seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri.  Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema dibahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta minda mempunyai kebaikannya dan juga ada keburukannya tersendiri.



KEBAIKAN PETA MINDA.
Implikasi pengaplikasian alat-alat berfikir tersebut terhadap proses pembelajaran ialah dapat memberi sejuta kebaikan berbanding keburukan. Antara kebaikan menggunakan peta minda ini terhadap proses pembelajaran ialah dapat mengukuhkan ingatan tentang pelajaran yang dipelajari. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan  Hal ini kerana kita akan mempelajari 80% daripada segala apa yang kita lihat daripada apa yang kita dengar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, oleh itu peta minda amat sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran seharian. Mind Mapping atau peta minda ini sangat sesuai digunakan kerana ianya hanya berfokus kepada kata kunci yang penting sahaja dan amat senang bagi kita sebagai seorang pelajar untuk mengingati tentang sesuatu pembelajaran. Gambar-gambar yang diletak di dalam peta minda dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu. Dengan hanya berfokuskan kepada idea-idea yang penting sahaja, secara automatiknya peratus keupayaan kita untuk mengingat lebih tinggi. Jelaslah, Peta minda ini dapat diiplikasikan dalam pembelajaran dengan baik.


Selain itu juga, peta minda ini memberi kesan yang baik dalam  proses pembelajaran kerana ianya dapat menjimatkan masa. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan membuat nota yang ringkas masa kita untuk mengulangkaji pelajaran yang lain lebih tersusun dan teratur. Oleh itu, ianya dapat menjimatkan masa kita kerana peta minda yang dibuat hanya berfokus kepada kata kunci sahaja dan dapat memudahkan tugasan kita. Sebagai seorang pelajar yang sentiasa sibuk dengan tugasan-tugasan, kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca keseluruhan petikan dan amatlah penting untuk kita mengenalpasti idea-idea yang penting dan sangat sesuai diaaplikasikan dalam proses pembelajaran. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna, sekaligus bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat. Sebagai contoh. peta minda ini boleh digunakan juga dalam, kuliah, syarahan, temu bual dan sebagainya dalam proses pembelajaran kita. Secara tidak langsung, dapat menjimatkan masa kita kerana mengejar percakapan yang dibicara oleh guru-guru disekolah mahupun pensyarah di universiti. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, implikasi mengaplikasikan peta minda ini dalam proses pembelajaran dapat memudahkan lagi sesi pembelajaran kita kerana ianya menjimatkan masa kita.

Seterusnya, implikasi alat berfikir seperti peta minda ini diaplikasikan dalam proses pembelajaran dapat memudahkan pembelajaran terutamanya dalam proses pembentangan. Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan. Peta minda ini bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Ianya sangat membantu dalam membuat persembahan seperti hasil perbincangan, kertas kerja dalam proses pembelajaran. Selain itu juga, kita tidak perlu membentangkan kesemua idea-idea yang penting semasa pembentangan kerana dengan hanya membuat nota ringkas iaitu peta minda dapat meringkaskan idea-idea yang ingin dijelaskan kepada rakan-rakan sekelas. Saya optimis menyatakan bahawa, dapat memudahkan pembelajaran terutamanya dalam proses pembelajaran memberikan implikasi yang positif dalam pengaplikasian peta minda terhadapproses pembelajaran ini.


  KEBURUKAN DAN CARA PENYELESAIANNYA
Implikasi pengaplikasian peta minda ini sebagai alat berfikir terhadap proses pembelajaran juga ada buruknya selain baiknya. Antara keburukan menggunakan peta minda ini sebagai alat berfikir ialah kita tidak mengetahui sesuatu perkara secara lebih terperinci. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita hanya menfokuskan kepada kata kuncinya sahaja dan selebihnya kita tidak melihatnya dari aspek idea-idea yang penting. Oleh itu, apabila seseorang terlalu banyak menggunakan kata kunci mahupun gambar di dalam peta minda yang dibuatnya, terkadang mereka sendiri tidak memahami apa yang ditulisnya sendiri. 

      Selain itu, peta minda juga disusun dengan cara yang tidak tersusun. Seperti mana yang dapat kita lihat, peta minda terlalu padat, bercelaru dan disusun di banyak-banyak cabang yang digunakan untuk menulis idea penting. Kemungkinan besar kita tidak dapat melihat idea-idea itu dengan lebih terperinci kerana cara penyusunan idea juga memainkan peranan yang penting dalam mencari idea-idea yang penting. Oleh itu, cara penyelesaiannya ialah peta minda yang dibuat mestilah ditulis dengan menggunakan ayat yang mudah difahami dan mestilah berfokuskan kepada idea yang betul-betul penting dan berguna dalam proses pembelajaran. Konklusinya, yang positif kita ambil sebagai terus menjadi amalan kita untuk sentiasa membuat peta minda dalam proses pembelajaran dan yang buruk kita ubah menjadi yang lebih baik.










Kebaikan dan Kelemahan Peta Minda

PETA MINDA Tony Buzan adalah pencipta kepada "Mind Map" atau peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa. Penciptaan bermul...